STEM @ Kelas Mengenal Serangga
19 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2024, telah berlangsung STEM @ Kelas Mengenal Serangga. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran moto tangan dan mengenal serangga iaitu pepatung dengan lebih terperinci.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program STEM @ Kelas Mengenal Serangga adalah
Pelajar tadika mengenal pasti rupa bentuk pepatung, belajar untuk memilih warna yang sesuai untuk diwarnakan pada kayu ais krim untuk membina badan dan sayap pepatung sambil dibantu oleh staf NADI dengan meletakkan gam pada kayu ais krim untuk membina badan pepatung.
Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta moto tangan mereka. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: